Wednesday 19 September 2012

"Renovate" Dapur


Credit to empunya gambo

Salam,
Tuan tanah nak bagitau dapur ni tengah 'renovate' ye.. sebab tu bersawang je... makanya, semua dijemput ke ruang tamu lah ye, dapur ni tatau bila nak berasap balik.. Klik SINI ye untuk ke ruang tamu. Kot-kot la nak tau   perkembangan terbaru tuan tanah...:) 

Terima kasih.

Sunday 12 August 2012

Gulai Ayam Cekur



Bahan A
1 s/m jintan putih
1 s/m jintan manis
1 s/m biji ketumbar
1 s/k lada hitam
* Bahan di atas disangai dan ditumbuk halus

Bahan B
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah @ 1 ulas bawang besar
Sedikit halia
* Bahan di atas di tumbuk halus

Bahan lain
Ayam
Kentang 
1 cawan santan
Air
Sedikit cekur - di tumbuk kasar
Garam & gula
Minyak
1 s/k serbut kunyit
2 s/m serbuk kari ayam/daging 

Caranya:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga wangi. 
  2. Masukkan bahan A berserta kunyit dan serbuk kari
  3. Tambahkan air dan biarkan bahan tumisan hingga wangi dan masak
  4. Masukkan cekur, ayam dan kentang. Tambah air jika terlalu kering
  5. Tutup periuk dan biarkan mendidih. 
  6. Apabila kentang agak empuk, masukkan santan. Biarkan mendidih.
  7. Perisakan dengan gula & garam.

Thursday 2 August 2012

Sirap Bandung Longan

Cantek menarek tertarik kan?
Assalamualaikum
I'm back kawan-kawan! Ingat nak menyepi, memang ia.. tapi sekejap je pun.. dah sihat walafiat balik nie, mood berblog pun kembali la...:)

Ok, simple je hari nie nak share menu berbuka awal Ramadhan hari tu... Sirap Bandung Longan. Menu ke? Asal boleh je.. bukan apa, ada cerita ngeri di sebalik menu nie, sebab tu saya rakamkan jugak di blog nie sebagai kenangan..

Sirap Bandung Longan

Bahan-bahan
Sirap
Longan
Air gula
Air batu
Susu pekat

Caranya:-
  1. Bancuh air, sirap, air gula & susu. Kemudian masukkan longan ke dalam air tadi. 
  2. Masukkan ais. Siap! 
Cantek lagi x? Habis gelas ai sebijik...:)
 
Jom minum! Oops, tunggu azan dulu ye..:) Dah tu, lepas minum jadi cenggini gelasnya... nak tau cerita lanjut, jemputlah ke BANGLO AI! Memang ngeri kan????????///

Ok, selamat menambah amal, banyakkan sedekah ye kengkawan sempena bulan mulia nie...:)


Monday 23 July 2012

Sepi itu Indah

Sepi itu indah...

biarkan aku menyepi seketika
mengutip kembali sisa kekuatan
sungguh hidup ini hanya pinjaman
hari ini ia dalam genggaman
sekelip mata cuma ia berubah milik

izinkan aku menyepi
duhai rakan duhai teman
namun sepi dan menyepi aku
aku masih mengintai kalian

moga kekuatan kembali hadir
mengusir pergi segala rawan
hingga itu
izinkan aku menyepikan diri...

Thursday 12 July 2012

Tomyam Mengamuk!

Salam semua,

Jom kita masak tomyam hari ni... senang je, main campak-campak je.. naper mengamuk ye? tadi tengah ketuk-ketuk serai tu, rasa macam melepaskan geram je.. padahal xdelah emo hari nie, tapi memang sesungguh hati la jugak serai tu kena ketuk...:) cili padi tu pun kena ketuk gak, tinggal separuh je..kesian dia...


Tomyam Mengamuk....:)
Bahan-bahan:-
Ayam - potong kecil
Udang - bersihkan dan buang kulit
1 batang serai - diketuk
Sedikit lengkuas - di hiris
Sedikit halia - di hiris
Bawang merah
Bawang putih
Cili api
Daun limau purut
Carrot - potong
Tomato - potong
Kobis - potong
Air lemon
Perencah tomyam
Air
Gula & garam

Caranya:-
  1. Rebus ayam bersama sedikit air (sikit je) hingga mendidih
  2. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia, serai, carrot & lengkuas.
  3. Kacau-kacau dan tambah air. Biarkan mendidih
  4. Kemudian masukkan perencah tomyam, cili padi, kobis dan daun limau. Biarkan sebentar. 
  5. Masukkan tomato dan sesuaikan rasa. Setelah semuanya umph, perahkan sedikit lemon ke atasnya dan kacau sebentar kemudian tutup api. 

Sunday 8 July 2012

Ayam Bersalut Pandan


Assalamualaikum & salam untuk semua,

Jom check resepi untuk hari ini! Mudah & ringkas je...:)

Kualiti gambar tidak memuaskan - harap maaf...:)
Ayam Bersalut Pandan
Sumber: SDK/Feb 2007

Bahan-bahan:-
1 kg ayam - dipotong kecil
6 ulas bawang merah - di cincang halus -(kite tumbuk kasar)
1 labu bawang besar - di cincang halus -(kite tumbuk kasar)
Sedikit daun ketumbar - di cincang halus -(kite x letak)
3 S/B stok ayam
1 S/B madu
1/2 S/K garam & gula
Daun pandan secukupnya
Minyak

Caranya:-
  1. Gaul sebati semua bahan dan perap selama lebih kurang 1/2 jam
  2. Ambil daun pandan dan dianyam seperti ketupat
  3. Ambil isi ayam dan masukkan kedalam anyaman daun pandan. Balutkan dengan kemas agar isi ayam tidak terkeluar semasa menggoreng
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam dengan api sederhana 

Selamat mencuba!

Thursday 5 July 2012

Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Dalca & Acar Timun

Assalamualaikum & salam hormat buat semua tetamu... tak tahulah kenapa 1-2 hari ni rasa lemau semacam je, macam xde mood gitu nak update blog. Tapi, sayang pulak, kesempatan ada kalau x dimanfaatkan...

Semalam sempat singgah di dapur Abg Mat DTS, sempatlah menyalin resepi nasi tomato resepi Abg Mat tu, jadinya kite pun mencubalah.. it turned out to be so fantastic! Jadi, dipersilakan semua tetamu untuk menjamu mata ye, kalau nak menjamu rasa silalah cuba...:) Kita kongsikan semula resepi Abg Mat untuk rujukan semua terutamanya diri sendiri di masa depan.

Nasi Tomato & gengnya
Nasi Tomato Ringkas
Sumber: Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi - kite guna butter
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat) - kite guna susu segar
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan pes tomato dan tomato sos, kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras tadi 1 minit.
  2. Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika guna). Dan biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.
  3. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Boleh juga anda kukus nasi tadi. Bila nasi masak dan lampu pada rice cooker, bertukar ke tanda "warm". Anda keluarkan nasi, letak dalam kukus yang dialas daun pisang (cucuk2 sedikit daun tadi untuk membuat lubang) dan kukus hingga masak.
 

Ayam Masak Merah
Sumber: Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 genggam kacang gajus, goreng hingga perang, angkat dan toskan
3 camca besar pes tomato (tomato puree)
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Kacang pis untuk hiasan (tak letak)
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
1 inci halia
1 camca besar ketumbar biji
1/2 inci lengkuas
1/4 cawan kismis
2 biji buah keras
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap sekejap dan goreng hingga masak, tapi tak perlu sampai garing, angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato pure dan masak sekejap. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata.
  2. Tambah ayam tadi dan gaul rata2 dan tuang air. Masukkan gula melaka, kacau dan masak dengan api sederhana hingga pekat. Rasa dan tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dan masukkan gajus goreng, gaul rata dan angkat. Tabur hirisan daun bawang dan kacang pis. Boleh hidangkan...
Kite sediakan juga dalca sebab cik abang kalau makan mesti nak berkuah.

Dalca Ikan Masin
Bahan-bahan
Ubi kentang - potong kecil
Carrot - potong
Terung bulat - potong
Serbuk kari
Bawang besar - hiris
Bawang putih - hiris
Santan / susu cair
Minyak untuk menumis
Kacang dal - rendam & rebus empuk
Ikan masin ketul 

Caranya:-
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu. 
  2. Masukkan serbuk kari & sedikit air. Biarkan hingga rempah masak
  3. Masukkan ubi kentang, carrot, terung bulat, kacang dal dan ikan masin.Gaul sebati
  4. Masukkan santan dan air - biarkan berkuah 
  5. Masukkan sekeping asam keping (kerana kite masak ikan, kalau dalca ayam/daging x perlu)
  6. Biarkan sehingga kesemua bahan empuk dan masak, perisakan dengan garam
  7. Siap
* Moral of the story:- Ikan masin KURANG enak dijadikan dalca, lagi umphh letak ayam/daging...:) 


Last but not least, jangan lupa cik acar timun kita. Untuk resepi acar timun, boleh klik SINI ye lalings... Selamat mencuba dan selamat semuanya ye!