Friday 29 June 2012

Sandwich Sardin

Assalamualaikum & salam hari Jumaat buat semua....pejam-pejam celik pejam celik dah sampai Jumaat. Kejap je kan... dunia dah akhir zaman...

Hari ni maksu sempat kongsikan resepi simple je, sebab kekangan tugasan pejabat dan hambatan t/jawab untuk keluarga yang kedua-duanya menuntut komitmen yang tinggi. Tapi, semua orang punya masa yang sama kan, 24 jam untuk semua orang. Kalau orang lain boleh, kita pun boleh!

Jemput makan!

Ok, straight tu the point, jom cek resepi simple dimple nie..

Sandwich Sardin
Bahan-bahan:-

Roti Gardenia
1 tin kecil sardin
Cili merah - hiris halus
Bawang merah - hiris
Bawang putih - hiris
Air asam jawa
Gula & garam
Salad
Keju slice
Mayonis

Caranya:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu dan wangi
  2. Masukkan sardin, kacau dan hancurkan isinya.
  3. Masukkan cili merah, air asam jawa dan garam
  4. Sesuaikan rasa dan tutup api. Sejukkan sebentar.
  5. Ambil sekeping roti, sapukan dengan mayonis
  6. Ambil lagi sekeping roti, alaskan dengan daun salad dan keju slice. 
  7. Cantum kedua-dua roti tersebut dan potong ikut kreativiti
  8. Ulangi proses ini sehingga roti atau intinya habis...:) 
 
 Esok kalau ada sesiapa yang nak pergi piknik, boleh la bawak bersama sandwich nie ye...:) Happy wiken!

Monday 25 June 2012

Kari Kapla Ikan, Ikan Kerisi Goreng Bersambal & Sambal Belacan Ikan Rebus

Assalamualaikum semua.. terima kasih kerana sudi singgah.. nak dijadikan cerita, gara-gara tinggalkan alamat dapur ni kat dapur super glemer K.Sha kesayangan ramai tu, berduyun-duyun plak yang sudi singgah ke dapur maksu yang tak seberapa nie..terima kasih K.Sha sayang yang bagi promosi durian runtuh kat blog maksu nie.. masa tulis entry ni pun muka kite tengah merah padam, blushing you! Jenguk SINI untuk memahami cerita sebenar ye...:)

Jemput minum air teh pudina dulu ye kawan-kawan...:)
 
Teh pudina - resepi Pn Roza, penulis buku Bukan Sekadar Resepi. Bancuh teh seperti biasa, cuma tambahkan daun pudina segar ke dalamnya. Very the very refreshing!

Maksu ni blogger hingusan, kena terjah plak ngan blogger-blogger otai cam Kak Ummi Kuantan, Kak Noor Brunei dll.. Sebelum ni CikWan si cantik manis dari KT pernah jugak jenguk dapur maksu nie.. segan ai tapi ai rela you! Hahahaah... alhamdulillah, dapat ramai kawan thru blogging ni kan.. it's really a booster for me to improve myself especially in cooking mooking and blogging nie..:) tq allz, may Allah bless our friendship.. seperti pesan alim ulamak, setitik ilmu yang kita dapat dari seseorang, maka orang itu guru kita... jadi, ada adab yang perlu kita jaga kan? Begitu juga, ilmu itu luas termasuk juga ilmu masakan.. jadi jika ada yang mempelajari resepi kita, maka insha Allah ada ganjarannya...dah berantai-rantai pahala kita dapat kan?  keep it up dear bloggers!


Wokeh, hari ni maksu nak share resepi Kari Kapla Ikan (ini sebab terikut-ikut ngan Paksu, suka benar sebut kapla ikan instead of kepala ikan...:), Kerisi Goreng Bersambal dan Sambal Belacan Ikan Rebus. Actually semalam dah type post ni, tapi tak tau  kenapa tetiba semua yang di tulis tu hilang, blank page je tinggal. Kenalah retype.

 
Kari Kapla Ikan - 1st time berjaya buat dengan sempurna...:)

Kari Kapla Ikan
1 biji kepala ikan jenahak
Serbuk kari Baba's
600 ml santan
1/2 ulas bawang besar - bawang merah habis...:) - tumbuk halus
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
Daun kari
3 sudu air asam jawa
Air
Minyak
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil halba campur
Terung bulat - potong 6
Tomato - potong 6
Bendi
Garam 

Caranya:-
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah & putih hingga wangi. 
  2. Masukkan serbuk kari, tambah sedikit air agar tidak berketul
  3. Biarkan sehingga masak & harum. 
  4. Masukkan daun kari, halba campuran, serbuk jintan & air asam jawa
  5. Kemudian masukkan kepala ikan, bendi, terung dan santan (400 ml dulu)
  6. Biarkan di atas api sederhana hingga ikan masak dan terung serta bendi empuk. Kacau sekali sekala
  7. Setelah itu, masukkan tomato dan perisakan dengan garam. Kalau kuah agak kering, tambahkan baki santan. Biarkan mendidih sebentar (jika di tambah santan)
  8. Tutup api.


Goreng pun sodap!

Kerisi Goreng Bersambal
Untuk menu ni, maksu gaul ikan dengan garam & kunyit kemudian goreng ikan sehingga garing. Kendian, maksu tuang ke atasnya Sambal Bawang K.Sha.. mudah dan cepat kan? Resepi sambal bawang tu klik SINI  dan nak lebih aula, terus ke DAPUR SIFU maksu, K Sha yang baikhati tu..:)



Ulam-ulaman di lupa jangan...:)

Sambal Belacan Ikan Rebus
Cili merah
Cili padi
Air limau nipis
Belacan
Garam & gula
1 ekor ikan kembung rebus

Caranya:-
  1. Kisar atau tumbuk semua bahan di atas kecuali air limau nipis & ikan rebus.
  2. Perahkan air limau nipis dan tambah sedikit air jika sambal belacan terlalu kering. 
  3. Masukkan ikan kembung (isi sahaja yang telah dihancurkan) ke dalam sambal belacan, sesuaikan rasa dan siap! 
Selamat mencuba!

Sunday 24 June 2012

Nasi Lemak ala K. Sha

 Assalamualaikum semua. Hari ni maksu nak kongsikan resepi yang semua orang Malaysia suka makan, nasi lemak. Maksu ikut sebijik-sebijik bahan yang K.Sha bagi sebab sebelumnya tak pernah berjaya buat sambal tumis yang sedap. Siap kira, cili kering tu 25 biji, satu-satu..haahahah. Nama nasi lemak k.sha ni memang special, namanya pun panjang berjela-jela Nasi Lemak Lain Macam Punya Pesen Kengkawan Pengiringnya...Gitew! Amek kau, sikit punya panjang nama resepi K.Sha nie...:)

Mula-mula maksu tengok K.Sha post entry tu takdelah beria sangat nak mencuba. W/pun dah jatuh hati ngan sambal bawang tu. Then, nampak plak K. Amie tayang nasi lemak versi K.Sha tu kat dapur dia. Tak boleh jadi ni, maksu pun tak nak ketinggalan makanya maksu pun buatlah nasi lemak yang maksu namakan Nasi Lemak K.Sha. Senang nak refer kendian hari kan, resepi mana satu buat.

Cumanya kalau nasi lemak k.sha tu banyak geng dia, maksu cuma 'tiru' resepi nasi lemak dan sambal bawang je. Kacang panjang goreng ngan tempe tu maksu tak buat sebab takde bahan. Lagipun paksu tak berapa suka tempe. Abang pun sama, tak makan sayur mayur ni. Jadi, maksu gantikan dengan udang goreng daun limau purut sebab Abang memang fanatik udang.

Menu inilah yang maksu sekeluarga bawak berkelah di Lake Garden hujung minggu hari tu. Terima kasih banyak pada K.Sha yang sudi berkongsi resepi teristimewanya sambal bawang yang meveles giler tu.

Nasi lemak - jangan lupa ye telur rebus, ikan bilis & kacang goreng

Nasi Lemak ala K.Sha
Sumber: K, Sha Masterchef
Bahan-bahan:-
3 cawan beras
1 labu bawang besar - mayang
1 cm halia - dihiris 
1 batang serai - diketuk
400 ml santan
1 helai daun pandan - di soat
Sedikit garam

Caranya:-
Tanak nasi sampai masak. Bila masak, masukkan ke dalam daun pisang - ala-ala nasi lemak bungkus tu. Tapi maksu tak bungkus pun, sebab nak bawak pegi piknik, masuk dalam Tupperware je...:)

K.Amie kukus nasi ni, kalau nak tau cara mengukus nasi lemak nie, boleh ke dapur K. Amie ye.. Klik SINI. Mula-mula tu maksu nak kukus jugak, tapi takde plak daun pisang. Dah 2 kedai paksu cari, tak ada jugak.. Next time la K.Amie ye, kite cuba buat nasi lemak kukus.

Sambal Bawang yang memang meveles - kena buat stok banyak2 untuk bulan puasa nanti..:)
Sambal Tumis Bawang
Sumber: K. Sha Masterchef
 
Bahan Kisar:

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
25 tangkai cili kering
2 cm belacan
1 biji kiub ikan bilis knoor - maksu guna 2 sudu kecil serbuk pati ayam Maggi

Bahan lain :

minyak
3 biji bawang besar - hiris
1 sudu besar air asam jawa
gula dan garam

Cara :
  1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau, garing dan sentiasa dikacau, dan masa menumis lama sikit.
  2. Masukkan air asam jawa, sesuaikan rasa, masukkan bawang hiris.
  3. Kacau rata sehingga kuah pekat.
  4. Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak!
 
Kalau dah hantu udang, sampai 3 pinggan nasi abang makan!
Udang Goreng Daun Limau Purut
Bahan-bahan:-
Udang
Bawang besar - hiris
Daun limau purut - buang urat
Cili merah - hiris
Sedikit marjerin
Minyak
Garam

Caranya:-
  1. Panaskan marjerin bersama minyak
  2. Masukkan udang. Goreng hingga masak
  3. Angkat udang dan ketepikan.
  4. Masukkan bawang, cili dan daun limau purut.
  5. Biarkan layu. Masukkan semula udang. Kacau rata.
  6. Perisakan dengan garam. Tutup api. Angkat
Licin!
Syukur maksu sebab tengok suami dan anak-anak makan dengan berselera sekali. Inilah bekalan kami hari itu, siap berbekaskan Tupperware lagi. Kalau sesiapa teringin nak dapatkan set Tupperware, jengoklah ke SINI. Macam-macam produk Tupperware yang terkini. Suka ai!

Thursday 21 June 2012

Sotong Masak Pedas Berkuah, Ikan Tongkol Goreng Berkicap & Kangkung Goreng Ikan Bilis

Assalamulaikum & salam sejahtera.. harap-harap semuanya sihat ye, sudi-sudilah bertandang ke dapur maya Maksu ni ye. terima kasih daun keladi ye.. jangan malu jangan segan, cubalah resepi-resepi mudah dan ringkas maksu nie.. gerenti sedap...:)

Semalam maksu masak sotong, ikan dan sayur kangkung je untuk dinner. Habis kecoh Abang dok tanya udang takde ke umi? Dia memang hantu udang... sowi sayang, esok ye umi masak udang.. habis jugak nasi dua pinggan widoud udang pun, kan abang?
Menu ringkas tapi menawan ye...:)

Yang paling sedap telur sotong tu.. waduh sungguh enak!
Sotong Masak Pedas Berkuah
Bahan-bahan
Sotong - bersihkan dan gaul dengan garam & sedikit kunyit
Bawang besar
Sos tiram
Gula dan garam

Bahan Kisar - campuran cili kering dan cili merah serta bawang dan bawang putih yg telah di goreng (ini lebihan masa buat mee goreng berlada resepi Kak Noor  semalam)

Caranya:-
  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan sotong dan masak hingga sotong lembut dan berair.
  2. Masukkan sedikit sos tiram dan bahan kisar. Gaul sebati
  3. Masukkan bawang besar
  4. Perisakan dengan garam dan gula. Sekiranya ingi lebih kuah, tambah sedikit air. Renehkan sebentar.
  5. Tutup api.  
My feveret
Ikan Tongkol Goreng Berkicap
Bahan-bahan
Ikan tongkol - gaul garam & kunyit
Cili merah
Daun bawang
Bawang besar

Caranya:-
  1. Panaskan minyak dan goreng ikan tongkol hingga masak
  2. Angkat dan ketepikan. Kurangkan minyak.
  3. Goreng pula bawang merah dan cili merah hingga layu.
  4. Angkat dan tuang ke atas ikan tongkol tadi. 
  5. Tuangkan sedikit kicap ke atas ikan tadi.
  6. Siap untuk di makan.
 
Kangkung di goreng agak layu then makan dengan nasi panas. Memang terangkat!

Kangkung Goreng Ikan Bilis
Bahan-bahan
Kangkung - bersihkan
Bawang besar
Ikan bilis
Sedikit belacan
Garam

Caranya:-
  1. Tumbuk kasar bawang besar, ikan bilis dan belacan
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi
  3. Setelah wangi, masukkan kangkung. Tambah sedikit air untuk sedikit kuah dan perisakan dengan garam
  4. Kaup balikkan hingga sebati. Bila kangkung dah layu, tutup api
Jom masak!


Tuesday 19 June 2012

Mee Goreng Berlada

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua yang sudi singgah di dapur maya Maksu ni. Semalam Maksu masak Mee Goreng Berlada, resepi Kak Noor. Almaklumlah, hero-hero kat rumah termasuk bapak hero memang suka sangat dengan mee. Sampai Maksu dah kehabisan idea nak goreng mee... Jalan-jalan ke dapur kawan-kawan maya jumpalah resepi Kak Noor yang menyelerakan tu.

Mee Goreng Berlada - Versi Maksu
Jom cuba!

Mee Goreng Berlada
Sumber: Kak Noor Catatan Harian Dunia Masakan

Bahan - bahan & cara-cara memang sebijik sebijan Maksu follow Kak Noor ye...

1 bungkus mee
2 tbsb cili kisar -campuran cili kering dan cili merah serta bawang dan bawang putih yg telah di goreng
2-3  tbsb sos lada hitam *dalam botol
2-3 tbsb sos tomato
udang -sebanyak yang suka
2 tangkai pokok sawi - Maksu tak masukkan sebab xde...:)
garam dan sedikit gula-seimbang rasa
sedikit minyak

Hiasan:
3 biji telur dadar-digoreng dan di potong nipis
daun bawang
cili kicap yang di potong kecil dengan perahan asam limau.

Masukan sedikit minyak dalam kuali dan goreng udang sebentar dan angkat . Masukan mee dan kacau sebentar baru di masukan sos lada hitam,sos tomato dan cili, Perisakan dengan garam dan gula. Barulah di masukan sawi yang di potong kecil dan udang. goreng sehingga mee masak dan hidang.

 Jumpa lagi!

Sup Ayam dan Sayur Kacang Panjang & Cendawan

Assalamualaikum... terima kasih kepada yang sudi menjenguk ke dapur maya Maksu yang tak seberapa nie.. seperti yang dijanjikan, dapur Maksu ni dah berwajah baru. Insha Allah, akan sentiasa lebih ceria hendaknya.

Oklah, hari ni Maksu nak share resepi yang tak seberapa pun - sup ayam dan sayur kacang panjang. Ginilah Maksu hari-hari, masak biasa-biasa je tapi semestinya menyelerakan. Maklumlah, lepas kahwin dengan Paksu baru belajar nak masak so tak pandai sangat pun masak-memasak ni. Resepi biasa-biasa je .

Rugi pulak rasanya masa zaman remaja dulu tak masuk ke dapur... Anak-anak dara di luar sana, jangan lupa belajar memasak dari mak masing-masing ye. Dah tua-tua ni baru faham makna 'perempuan belajar tinggi-tinggi pun ke dapur jugak'. Very the very true kata-kata tu ye anak-anak muda. Bukan bermakna kita mensia-siakan ijazah yang kita genggam tu, tapi sekurang-kurangnya kalau pandai masak tu confirm suami sayang ye...:) Yang paling best bila anak-anak cakap, umi masak sedap! Kembang semangkuk dua jugalah.. Tapi nikmat paling best bila tengok muka anak-anak & suami tersenyum puas menikmati air tangan kita. Time tu jugak rasa nak terus ke dapur masak lagi! Hehehe...

Clockwise - Sayur kacang & cendawan, ikan rebus goreng, sup ayam dan ulaman. Sambal belacan Maksu menyorok pulak, malu agaknya...:)
Ok cukup, jom masak!

Sup Ayam
Bahan-bahan
Ayam
Ubi kentang - di potong
Carrot - di potong bulat
Bawang merah - tumbuk kasar
Bawang putih - tumbuk kasar
Perencah sup
Air
Serbuk stok ayam
Garam

Caranya:-
  1. Masukkan air dan rebus ayam hingga mendidih
  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih
  3. Biarkan seketika. Masukkan kentang dan carrot
  4. Masukkan perencah sup dan kacau
  5. Renehkan sehingga kentang dan carrot empuk
  6. Masukkan serbuk stok ayam dan perisakan dengan garam
  7. Tutup api
Sayur kacang panjang & cendawan
Sayur Kacang Panjang & Cendawan
Bahan-bahan
Kacang panjang - dipotong
Cendawan - dicarik-carik
Bawang besar
Fish cake
Cili merah - di potong
Gula & garam
Sedikit minyak

Caranya:-
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar
  2. Masukkan fish cake. Gaul rata
  3. Masukkan kacang panjang, cendawan dan cili merah
  4. Kacau sebati kemudian perisakan dengan gula dan garam
  5. Siap! 
Ulam timun dan daun cekur, pelengkap hidangan
Jaga diri, hiasi peribadi. Jumpa lagi!

Monday 18 June 2012

Revamp!

Salam sayang buat anakanda,

Insha Allah, mulai besok Bonda akan mulakan dengan sesuatu yang baru dan lebih segar untuk pengisian blog ini. Atas sebab-sebab yang terlalu peribadi, bonda TIDAK akan lagi menulis coretan untuk anakanda, tetapi akan menukarkannya kepada coretan yang lebih bersifat umum. 

Untuk itu, bonda akan guna ganti nama Mak Su, nama pangkat bonda. Semoga perubahan yang dilakukan membawa kebaikan untuk semua. 

Terima kasih atas sokongan tetamu yang sudi berkunjung ke dapur Maksu yang tak seberapa ini. Maksu bukanlah pakar masakan tetapi sangat teruja berkongsi sedikit ilmu yang ada. Mana yang baik, jadikan panduan. Yang kurang berkenan di hati, tinggalkan. Sama-samalah kita memburu keredhaan-Nya, untuk kesejahteraan kita di dunia dan akhirat. 

Jumpa lagi, insha Allah.

Thursday 14 June 2012

Cekodok Durian Euro 2012

 

Anakanda,

Akhir-akhir ini anakanda sering menyebut ingin makan durian. Ini mengingatkan bonda dengan durian yang jadi rebutan kita bertiga sewaktu bonda mengandungkan dinda Nawfal. Bonda membeli sebiji durian sewaktu usia kandungan mencecah 7 bulan kerana bonda amat teringin menjamahnya. 

Alhamdulillah, isi durian itu amat sedap sekali, sehingga anakanda juga berjaya menghabiskan seulas besar. Tidak bonda sangka, ayahanda juga berminat dengan durian itu sedangkan amat jarang sekali ayahanda makan durian. Bonda ingat lagi, bonda berkeras tidak mahu memberi kepada ayahanda dan hanya membiarkan ayahanda merasa sedikit sahaja. Kesian ayahanda.. namun dek kerana mengidam, bonda terpaksa juga memenuhi impian 'perut'. Durian itu juga hanya mempunyai 3 ulas! 

 Semalam bonda menunaikan hajat anakanda dengan membeli beberapa biji durian. Namun tidak sampai seulas yang anakanda dan ayahanda jamah. Bonda pula mampu menghabiskan sebiji durian! Jangan terkejut sayang, bonda memang 'hantu durian'. Namun untuk menghabiskan keempat-empat biji durian tersebut bonda tidak mampu. Jadi untuk mengelakkan pembaziran bonda fikir untuk menjadikan tempoyak. Namun selepas semuanya dimasukkan ke dalam bekas, bonda teringin pula menjadikannya jemput-jemput durian. Maka tempoyak bertukar menjadi cekodok.

Maka bonda namakan ianya Cekodok Durian Euro 2012, sempena kejohanan EURO 2012...:) 

Menu: Cekodok Durian 
Sumber: Suri Hazel

Bahan-bahan
Durian  - di buang bijinya
Tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit baking powder

Cara-cara
  1. Gaulkan kesemua bahan di atas
  2. Panaskan minyak
  3. Dengan menggunakan sudu atau tangan, jemput sedikit bahan dan masukkan ke dalam kuali - seperti membuat jemput-jemput biasa.
  4. Kaup balik sehingga masak dan angkat
  5. Enak di makan ketika panas, sambil menonton Euro 2012...:)
Salam sayang,
Bonda 

Tuesday 12 June 2012

Masak Lemak Pucuk Ubi


Masak Lemak Pucuk Ubi
 Anakanda,

Ingin bonda rakamkan di sini kisah hidup bonda sewaktu kecil agar dapat menjadi pengajaran dan renungan anakanda. Bonda dibesarkan di kampung yang rata-ratanya adalah penoreh getah. Ada juga yang bersawah padi. 

Setibanya musim menanam semula pokok getah, maka pokok-pokok getah tua ini akan di tebang dan di tanam semula. Sementara menanti anak getah membesar, tanah yang sama juga akan di tanam dengan pelbagai jenis tanaman seperti tembikai, ubi kayu, ubi kemili, keledek, jagung, cili, serai dan sebagainya. Jadi, ini dapat menampung kehidupan sementara menunggu usia pokok getah boleh di toreh semula, di samping mengerjakan sawah.

Masih basah di ingatan bonda kenangan bermain sorok-sorok, masak-masak dan pondok-pondok di celah-celah pohon ubi kayu. Namun ketika itu pucuk ubi kayu tidak pernah menjadi kegemaran bonda, kalau ada pun hanya dijadikan ulam rebus, cicah bersama air garam yang digaul bersama ikan rebus. 

Namun, berhijrah ke kota besar membuka mata bonda bahawa pucuk ubi bukan hanya untuk di buat ulam, tetapi boleh dimasak lemak. Lebih lagi, ia amat laku dan menjadi tarikan bagi sesebuah gerai/kedai makan. Rata-rata masyarakat bandar menggemari masakan ini. Penyediaannya amat mudah sekali.

Resepi: Masak Lemak Pucuk Ubi
Sumber: Suri Hazel

 Bahan-bahan
Pucuk ubi - di celur dahulu untuk menghilangkan pahit 
Santan pekat
Kunyit hidup
Cili padi
Bawang merah
Garam 
Sedikit kelapa parut

 Cara-cara:-
  1. Tumbuk kasar kunyit hidup, bawang merah dan cili padi
  2. Masukkan ke dalam periuk bersama santan dan pucuk ubi
  3. Didihkan dan sentiasa kacau agar santan tidak pecah
  4. Setelah mendidih dan pucuk ubi layu, masukkan kelapa parut untuk menjadikan kuah lebih pekat. 
  5. Masukkan garam. Tutup api
 

Sunday 10 June 2012

Nasi Beriani Chef Shearson


Anakanda,

Sudah lama bonda tidak mengemaskini blog kesayangan ini. Tugasan luar negara membawa bonda jauh ke negara seberang. Sepekan meninggal anakanda dan keluarga, bonda terpaksa  menyesuaikan semula diri dengan rutin seharian sekembali ke tanahair. Sementelah ayahanda juga terpaksa 'outstation' jadi bonda lebih gemar membeli makanan siap. Kenakalan dan kelasakan dinda Nawfal yang baru 'dapat kaki' seringkali tidak mengizinkan bonda untuk memasak. 

Kembali ke menu hari ini, bonda ingin kongsikan di sini resepi yang sempat bonda pelajari dari program 5 Rencah 5 Rasa, kendalian Chef Shearson. Menunya ialah nasi beriani. 

Bonda gandingkan nasi ini dengan ayam bakar (inspirasi dari menu Itik Bakar, juga ilham Chef Shearson), kari ayam mamak dan acar timur-lobak merah. 

Ayahanda  nampaknya berselera sekali dengan menu ini. 

Resipi: Nasi Beriani Chef Shearson
Sumber: Suri Hazel

Bahan-bahan (Nasi)
3 cawan beras Basmathi - bersihkan dan rendam selama 20-30 minit & toskan
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Bunga lawang
Buah pelaga
1 sudu besar yoghurt asli
Garam
Daun pandan - disimpul
Kismis
Kacang peas

Cara-cara:-
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak - boleh di ganti dengan minyak jagung
  2. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi
  3. Masukkan beras dan kacang peas dan gaul sebati
  4. Tutup api. Pindahkan beras ke dalam rice cooker. Masukkan air (sukatan seperti memasak nasi biasa), daun pandan, yoghurt dan garam. 
  5. Masak nasi seperti biasa.
  6. Bila nasi sudah masak, titiskan beberapa titis pewarna kuning dan masukkan kismis. Gaul sebati dan biarkan nasi kering. 
  7.  Siap untuk di hidang.
Resepi: Ayam Bakar

Ayam Bakar - Walid's faveret
Bahan-bahan
1 ekor ayam - potong 8 dan bersihkan

Sos lada hitam
Jus lemon
Daun bawang - di hiris kasar


Cara-cara:-
  1. Panaskan ketuhar dalam suhu 200 c
  2. Sediakan bahan perapan  - satukan jus lemon, daun bawang dan sos lada hitam. Sejukkan sebentar di dalam peti ais
  3. Gaulkan ayam dengan sedikit garam
  4. Alas ayam di dalam dulang pembakar dengan kertas aluminium. Bakar dalam suhu 200c selama 15 minit. Ayam tidak perlu dibungkus.
  5. Keluarkan ayam dan sapukan bahan perapan ke atas ayam. Bungkus dengan aluminium foil dan bakar semula selama 1 jam dengan suhu 180C
  6. Selepas sejam, keluarkan ayam dan buka pembungkus. Bakar semula selama 15 minit lagi. 
  7. Siap. 
Resepi: Acar Timun & Lobak Merah

Acar timun dan lobak merah - ilham dari Hotel Grand Royal Panghegar Bandung
 Bahan-bahan
Timun Zuchini - di dadu
Lobak merah - di dadu
Bawang besar - di mayang
Cili padi - di potong kecil
Cili merah - di potong kecil
Cuka
Garam
Gula

Cara-cara:-
  1. Satukan timun, lobak merah, bawang dan cili. 
  2. Masukkan cuka, gula, garam dan sedikit air
  3. Gaul rata
  4. Siap 
Resepi: Kari Ayam Mamak

Kari Ayam Mamak
 Bahan - bahan  
Ayam - di cincang
Kentang - di dadu
Lobak merah - di dadu
Kacang panjang - di potong kecil
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk kari ayam
1 sudu besar yoghurt (pengganti santan / susu cair)
Daun ketumbar - dihiris kasar 
Minyak untuk menumis
Garam


Cara-cara:-
  1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih 
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi
  3. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak
  4. Masukkan ayam, kentang dan lobak merah
  5. Setelah kentang empuk, masukkan garam dan yoghurt. Perisakan
  6. Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Kaup balik hingga sebati
  7. Tutup api