Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua yang sudi singgah di dapur maya Maksu ni. Semalam Maksu masak Mee Goreng Berlada, resepi Kak Noor. Almaklumlah, hero-hero kat rumah termasuk bapak hero memang suka sangat dengan mee. Sampai Maksu dah kehabisan idea nak goreng mee... Jalan-jalan ke dapur kawan-kawan maya jumpalah resepi Kak Noor yang menyelerakan tu.
Mee Goreng Berlada - Versi Maksu |
Mee Goreng Berlada
Sumber: Kak Noor Catatan Harian Dunia Masakan
Bahan - bahan & cara-cara memang sebijik sebijan Maksu follow Kak Noor ye...
1 bungkus mee
2 tbsb cili kisar -campuran cili kering dan cili merah serta bawang dan bawang putih yg telah di goreng
2-3 tbsb sos lada hitam *dalam botol
2-3 tbsb sos tomato
udang -sebanyak yang suka
2 tangkai pokok sawi - Maksu tak masukkan sebab xde...:)
garam dan sedikit gula-seimbang rasa
sedikit minyak
Hiasan:
3 biji telur dadar-digoreng dan di potong nipis
daun bawang
cili kicap yang di potong kecil dengan perahan asam limau.
Masukan sedikit minyak dalam kuali dan
goreng udang sebentar dan angkat . Masukan mee dan kacau sebentar baru
di masukan sos lada hitam,sos tomato dan cili, Perisakan dengan garam
dan gula. Barulah di masukan sawi yang di potong kecil dan udang. goreng
sehingga mee masak dan hidang.
Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment