Assalamualaikum semua.. terima kasih kerana sudi singgah.. nak dijadikan cerita, gara-gara tinggalkan alamat dapur ni kat dapur super glemer K.Sha kesayangan ramai tu, berduyun-duyun plak yang sudi singgah ke dapur maksu yang tak seberapa nie..terima kasih K.Sha sayang yang bagi promosi durian runtuh kat blog maksu nie.. masa tulis entry ni pun muka kite tengah merah padam, blushing you! Jenguk SINI untuk memahami cerita sebenar ye...:)
Jemput minum air teh pudina dulu ye kawan-kawan...:)
Jemput minum air teh pudina dulu ye kawan-kawan...:)
Teh
pudina - resepi Pn Roza, penulis buku Bukan Sekadar Resepi. Bancuh teh
seperti biasa, cuma tambahkan daun pudina segar ke dalamnya. Very the
very refreshing! |
Maksu ni blogger hingusan, kena terjah plak ngan blogger-blogger otai cam Kak Ummi Kuantan, Kak Noor Brunei dll.. Sebelum ni CikWan si cantik manis dari KT pernah jugak jenguk dapur maksu nie.. segan ai tapi ai rela you! Hahahaah... alhamdulillah, dapat ramai kawan thru blogging ni kan.. it's really a booster for me to improve myself especially in cooking mooking and blogging nie..:) tq allz, may Allah bless our friendship.. seperti pesan alim ulamak, setitik ilmu yang kita dapat dari seseorang, maka orang itu guru kita... jadi, ada adab yang perlu kita jaga kan? Begitu juga, ilmu itu luas termasuk juga ilmu masakan.. jadi jika ada yang mempelajari resepi kita, maka insha Allah ada ganjarannya...dah berantai-rantai pahala kita dapat kan? keep it up dear bloggers!
Wokeh, hari ni maksu nak share resepi Kari Kapla Ikan (ini sebab terikut-ikut ngan Paksu, suka benar sebut kapla ikan instead of kepala ikan...:), Kerisi Goreng Bersambal dan Sambal Belacan Ikan Rebus. Actually semalam dah type post ni, tapi tak tau kenapa tetiba semua yang di tulis tu hilang, blank page je tinggal. Kenalah retype.
Kari Kapla Ikan - 1st time berjaya buat dengan sempurna...:) |
Kari Kapla Ikan
1 biji kepala ikan jenahak
Serbuk kari Baba's
600 ml santan
1/2 ulas bawang besar - bawang merah habis...:) - tumbuk halus
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
Daun kari
3 sudu air asam jawa
Air
Minyak
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil halba campur
Terung bulat - potong 6
Tomato - potong 6
Bendi
Garam
Caranya:-
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah & putih hingga wangi.
- Masukkan serbuk kari, tambah sedikit air agar tidak berketul
- Biarkan sehingga masak & harum.
- Masukkan daun kari, halba campuran, serbuk jintan & air asam jawa
- Kemudian masukkan kepala ikan, bendi, terung dan santan (400 ml dulu)
- Biarkan di atas api sederhana hingga ikan masak dan terung serta bendi empuk. Kacau sekali sekala
- Setelah itu, masukkan tomato dan perisakan dengan garam. Kalau kuah agak kering, tambahkan baki santan. Biarkan mendidih sebentar (jika di tambah santan)
- Tutup api.
Untuk menu ni, maksu gaul ikan dengan garam & kunyit kemudian goreng ikan sehingga garing. Kendian, maksu tuang ke atasnya Sambal Bawang K.Sha.. mudah dan cepat kan? Resepi sambal bawang tu klik SINI dan nak lebih aula, terus ke DAPUR SIFU maksu, K Sha yang baikhati tu..:)
Ulam-ulaman di lupa jangan...:) |
Sambal Belacan Ikan Rebus
Cili merah
Cili padi
Air limau nipis
Belacan
Garam & gula
1 ekor ikan kembung rebus
Caranya:-
- Kisar atau tumbuk semua bahan di atas kecuali air limau nipis & ikan rebus.
- Perahkan air limau nipis dan tambah sedikit air jika sambal belacan terlalu kering.
- Masukkan ikan kembung (isi sahaja yang telah dihancurkan) ke dalam sambal belacan, sesuaikan rasa dan siap!
Selamat mencuba!
As'kum KAri kepala ikan tu ada lagi tak???? kecur dah ni heheh
ReplyDeletetukar ngan ketam masak lemak tempoyak aumm! akak boley? heheheeh
Delete