Thursday, 21 June 2012

Sotong Masak Pedas Berkuah, Ikan Tongkol Goreng Berkicap & Kangkung Goreng Ikan Bilis

Assalamulaikum & salam sejahtera.. harap-harap semuanya sihat ye, sudi-sudilah bertandang ke dapur maya Maksu ni ye. terima kasih daun keladi ye.. jangan malu jangan segan, cubalah resepi-resepi mudah dan ringkas maksu nie.. gerenti sedap...:)

Semalam maksu masak sotong, ikan dan sayur kangkung je untuk dinner. Habis kecoh Abang dok tanya udang takde ke umi? Dia memang hantu udang... sowi sayang, esok ye umi masak udang.. habis jugak nasi dua pinggan widoud udang pun, kan abang?
Menu ringkas tapi menawan ye...:)

Yang paling sedap telur sotong tu.. waduh sungguh enak!
Sotong Masak Pedas Berkuah
Bahan-bahan
Sotong - bersihkan dan gaul dengan garam & sedikit kunyit
Bawang besar
Sos tiram
Gula dan garam

Bahan Kisar - campuran cili kering dan cili merah serta bawang dan bawang putih yg telah di goreng (ini lebihan masa buat mee goreng berlada resepi Kak Noor  semalam)

Caranya:-
  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan sotong dan masak hingga sotong lembut dan berair.
  2. Masukkan sedikit sos tiram dan bahan kisar. Gaul sebati
  3. Masukkan bawang besar
  4. Perisakan dengan garam dan gula. Sekiranya ingi lebih kuah, tambah sedikit air. Renehkan sebentar.
  5. Tutup api.  
My feveret
Ikan Tongkol Goreng Berkicap
Bahan-bahan
Ikan tongkol - gaul garam & kunyit
Cili merah
Daun bawang
Bawang besar

Caranya:-
  1. Panaskan minyak dan goreng ikan tongkol hingga masak
  2. Angkat dan ketepikan. Kurangkan minyak.
  3. Goreng pula bawang merah dan cili merah hingga layu.
  4. Angkat dan tuang ke atas ikan tongkol tadi. 
  5. Tuangkan sedikit kicap ke atas ikan tadi.
  6. Siap untuk di makan.
 
Kangkung di goreng agak layu then makan dengan nasi panas. Memang terangkat!

Kangkung Goreng Ikan Bilis
Bahan-bahan
Kangkung - bersihkan
Bawang besar
Ikan bilis
Sedikit belacan
Garam

Caranya:-
  1. Tumbuk kasar bawang besar, ikan bilis dan belacan
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi
  3. Setelah wangi, masukkan kangkung. Tambah sedikit air untuk sedikit kuah dan perisakan dengan garam
  4. Kaup balikkan hingga sebati. Bila kangkung dah layu, tutup api
Jom masak!


No comments:

Post a Comment