Sunday 10 June 2012

Nasi Beriani Chef Shearson


Anakanda,

Sudah lama bonda tidak mengemaskini blog kesayangan ini. Tugasan luar negara membawa bonda jauh ke negara seberang. Sepekan meninggal anakanda dan keluarga, bonda terpaksa  menyesuaikan semula diri dengan rutin seharian sekembali ke tanahair. Sementelah ayahanda juga terpaksa 'outstation' jadi bonda lebih gemar membeli makanan siap. Kenakalan dan kelasakan dinda Nawfal yang baru 'dapat kaki' seringkali tidak mengizinkan bonda untuk memasak. 

Kembali ke menu hari ini, bonda ingin kongsikan di sini resepi yang sempat bonda pelajari dari program 5 Rencah 5 Rasa, kendalian Chef Shearson. Menunya ialah nasi beriani. 

Bonda gandingkan nasi ini dengan ayam bakar (inspirasi dari menu Itik Bakar, juga ilham Chef Shearson), kari ayam mamak dan acar timur-lobak merah. 

Ayahanda  nampaknya berselera sekali dengan menu ini. 

Resipi: Nasi Beriani Chef Shearson
Sumber: Suri Hazel

Bahan-bahan (Nasi)
3 cawan beras Basmathi - bersihkan dan rendam selama 20-30 minit & toskan
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Bunga lawang
Buah pelaga
1 sudu besar yoghurt asli
Garam
Daun pandan - disimpul
Kismis
Kacang peas

Cara-cara:-
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak - boleh di ganti dengan minyak jagung
  2. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi
  3. Masukkan beras dan kacang peas dan gaul sebati
  4. Tutup api. Pindahkan beras ke dalam rice cooker. Masukkan air (sukatan seperti memasak nasi biasa), daun pandan, yoghurt dan garam. 
  5. Masak nasi seperti biasa.
  6. Bila nasi sudah masak, titiskan beberapa titis pewarna kuning dan masukkan kismis. Gaul sebati dan biarkan nasi kering. 
  7.  Siap untuk di hidang.
Resepi: Ayam Bakar

Ayam Bakar - Walid's faveret
Bahan-bahan
1 ekor ayam - potong 8 dan bersihkan

Sos lada hitam
Jus lemon
Daun bawang - di hiris kasar


Cara-cara:-
  1. Panaskan ketuhar dalam suhu 200 c
  2. Sediakan bahan perapan  - satukan jus lemon, daun bawang dan sos lada hitam. Sejukkan sebentar di dalam peti ais
  3. Gaulkan ayam dengan sedikit garam
  4. Alas ayam di dalam dulang pembakar dengan kertas aluminium. Bakar dalam suhu 200c selama 15 minit. Ayam tidak perlu dibungkus.
  5. Keluarkan ayam dan sapukan bahan perapan ke atas ayam. Bungkus dengan aluminium foil dan bakar semula selama 1 jam dengan suhu 180C
  6. Selepas sejam, keluarkan ayam dan buka pembungkus. Bakar semula selama 15 minit lagi. 
  7. Siap. 
Resepi: Acar Timun & Lobak Merah

Acar timun dan lobak merah - ilham dari Hotel Grand Royal Panghegar Bandung
 Bahan-bahan
Timun Zuchini - di dadu
Lobak merah - di dadu
Bawang besar - di mayang
Cili padi - di potong kecil
Cili merah - di potong kecil
Cuka
Garam
Gula

Cara-cara:-
  1. Satukan timun, lobak merah, bawang dan cili. 
  2. Masukkan cuka, gula, garam dan sedikit air
  3. Gaul rata
  4. Siap 
Resepi: Kari Ayam Mamak

Kari Ayam Mamak
 Bahan - bahan  
Ayam - di cincang
Kentang - di dadu
Lobak merah - di dadu
Kacang panjang - di potong kecil
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk kari ayam
1 sudu besar yoghurt (pengganti santan / susu cair)
Daun ketumbar - dihiris kasar 
Minyak untuk menumis
Garam


Cara-cara:-
  1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih 
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi
  3. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak
  4. Masukkan ayam, kentang dan lobak merah
  5. Setelah kentang empuk, masukkan garam dan yoghurt. Perisakan
  6. Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Kaup balik hingga sebati
  7. Tutup api   

No comments:

Post a Comment