Thursday 5 July 2012

Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Dalca & Acar Timun

Assalamualaikum & salam hormat buat semua tetamu... tak tahulah kenapa 1-2 hari ni rasa lemau semacam je, macam xde mood gitu nak update blog. Tapi, sayang pulak, kesempatan ada kalau x dimanfaatkan...

Semalam sempat singgah di dapur Abg Mat DTS, sempatlah menyalin resepi nasi tomato resepi Abg Mat tu, jadinya kite pun mencubalah.. it turned out to be so fantastic! Jadi, dipersilakan semua tetamu untuk menjamu mata ye, kalau nak menjamu rasa silalah cuba...:) Kita kongsikan semula resepi Abg Mat untuk rujukan semua terutamanya diri sendiri di masa depan.

Nasi Tomato & gengnya
Nasi Tomato Ringkas
Sumber: Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi - kite guna butter
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat) - kite guna susu segar
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan pes tomato dan tomato sos, kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras tadi 1 minit.
  2. Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika guna). Dan biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.
  3. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Boleh juga anda kukus nasi tadi. Bila nasi masak dan lampu pada rice cooker, bertukar ke tanda "warm". Anda keluarkan nasi, letak dalam kukus yang dialas daun pisang (cucuk2 sedikit daun tadi untuk membuat lubang) dan kukus hingga masak.
 

Ayam Masak Merah
Sumber: Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 genggam kacang gajus, goreng hingga perang, angkat dan toskan
3 camca besar pes tomato (tomato puree)
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Kacang pis untuk hiasan (tak letak)
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
1 inci halia
1 camca besar ketumbar biji
1/2 inci lengkuas
1/4 cawan kismis
2 biji buah keras
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap sekejap dan goreng hingga masak, tapi tak perlu sampai garing, angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato pure dan masak sekejap. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata.
  2. Tambah ayam tadi dan gaul rata2 dan tuang air. Masukkan gula melaka, kacau dan masak dengan api sederhana hingga pekat. Rasa dan tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dan masukkan gajus goreng, gaul rata dan angkat. Tabur hirisan daun bawang dan kacang pis. Boleh hidangkan...
Kite sediakan juga dalca sebab cik abang kalau makan mesti nak berkuah.

Dalca Ikan Masin
Bahan-bahan
Ubi kentang - potong kecil
Carrot - potong
Terung bulat - potong
Serbuk kari
Bawang besar - hiris
Bawang putih - hiris
Santan / susu cair
Minyak untuk menumis
Kacang dal - rendam & rebus empuk
Ikan masin ketul 

Caranya:-
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu. 
  2. Masukkan serbuk kari & sedikit air. Biarkan hingga rempah masak
  3. Masukkan ubi kentang, carrot, terung bulat, kacang dal dan ikan masin.Gaul sebati
  4. Masukkan santan dan air - biarkan berkuah 
  5. Masukkan sekeping asam keping (kerana kite masak ikan, kalau dalca ayam/daging x perlu)
  6. Biarkan sehingga kesemua bahan empuk dan masak, perisakan dengan garam
  7. Siap
* Moral of the story:- Ikan masin KURANG enak dijadikan dalca, lagi umphh letak ayam/daging...:) 


Last but not least, jangan lupa cik acar timun kita. Untuk resepi acar timun, boleh klik SINI ye lalings... Selamat mencuba dan selamat semuanya ye!






No comments:

Post a Comment