Monday, 2 July 2012

Nasi Ayam Penyet

Assalamualaikum & salam ukhuwah buat semua... terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menjenguk ke dapur kecil maksu nie.. hari ini kurang berselera untuk mengupdate blog, mungkin sebab Monday blues kot..:)

Nasi Ayam Penyet

Resepi ayam penyet ni maksu dapat dari blog Potret Kasih. Terima kasih K.Wana... nasi ayam penyet ni memang menjadikan kesukaan maksu dan paksu. Cuma biasanya maksu ikut resepi kawan maksu, boleh cek kat SINI  untuk resepi ye.. tapi itu resepi ayam pop! untuk ayam penyet ini first time maksu masak, resultnya so-so je.. sebab rushing giler hari tu, trapped dalam traffic jam lebih sejam (waktu biasa 30 minit) untuk sampai ke rumah. Kebetulan nak berbuka, jadinya memang bersilat la kat dapur menyediakan hidangan ni. Ayam maksu dah siap perap malam sebelumnya, jadi tinggal goreng sahaja. Itupun maksu hanya sempat sediakan ayam, sambal dan lalapan (ulam). 

Untuk bahan perapan pun maksu mixed kan dengan serbuk, seperti serbuk ketumbar, serbuk jintan dsbnya.. sebab tu kurang menjadi kot, kena tulah ngan K. Wana sebab x follow resepi...:) Sorry kak, terpaksa sebab assistant chef yang berusia 1 3/12 tu asyik merengek je suruh dokong...:)

Nasi Ayam Penyet
Resepi: Potret Kasih

1 ekor ayam ( potong2 dan asingkan bhgn isi dengan yng bukan isi eg kaki, kepak, leher, tulang dada utk di buat sup )
1 keping tempe ( dalam peket ) - maksu skip
4  keping tauhu - maksu skip
Tepung beras ( anggaran utk tabur pada ayam,tempe dan tauhu goreng )
Ulam2 ( saya guna kobis, kacang panjang, timun dll ) - maksu guna kobis ungu, salad & timun

Bahan kisar
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan kasar -
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam
( bahan kisar ini agak banyak dan nanti akan di gunakan utk memerap ayam, tempe, tauhu dan digunakan untuk membuat serdak @ kremes )

Cara Penyediaaan
  1. Kisar bahan2 di atas bersama 1/2 cawan air, garam, gula dan bahan perasa/kiub ayam yang dihancurkan.
  2. Kemudian perap bahan kisar bersama bhgn ayam yg telah di cuci dan di bersihkan.
  3. Simpan dan perap ayam dalam peti sejuk beberapa jam sebelum di goreng.
  4. Untuk menggoreng ayam, taburkan sedikit tepung beras pada ayam yang telah perap tadi kemudian goreng ayam seperti biasa.
  5. Untuk tauhu, potong dua melintang, kemudian gaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam tadi, masa nak mengoreng taburkan sedikit tepung beras dan lumur hingga rata. kemudian barulah di goreng seperti biasa.
  6. Untuk tempe, potong 4 dan belah dua melintang, kemudian gaulkan dgn lebihan rempah perapan ayam. Masa mengoreng boleh tabur dengan sedikit tepung beras dan goreng seperti biasa.
Untuk sup
Bahagian kaki, kepak, leher, tulang rusuk ( dipotong2 )

Untuk Tumisan
3 ulas bawang putih ( di tumbuk )
3 ulas bawang merah ( di hiris )
1 biji bawang besar saiz kecil ( ditumbuk )
1 inci halia ( di ketuk kasar/ ditumbuk halus
1/2 sudu makan lada putih ( ditumbuk )
rempah 3 sekawan secukupnya ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga )
1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut
garam secukupnya
sedikit perasa/ kiub ayam – jika suka
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
daun bawang/ daun sup ( bahan tabur )
* Maksu tambah carrot dan kentang yang didadu untuk hero-hero yang tak gemarkan sayur hijau...:) 

Cara membuatnya
  1. Tumis rempah 3 sekawan serta bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempah bunjut dan air.
  2.  Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam, sesuaikan rasa, bolehlah di tutup api….
Untuk Sambal
5-6 biji cili merah
secekak kecil cili padi ( boleh kurang jika tak suka pedas )
3 biji buah tomato – saya guna saiz besar
belacan bakar ( anggaran 1 1/2 inci )
1 sudu makan garam
2 sudu makan gula
1 -2 biji limau kasturi- ambil jusnya

Cara membuatnya
1. Kisar semua bahan diatas bersama sedikit air masak.
2. Sesuaikan rasa garam dan gulanya – bolehlah terus dihidangkan!!
 
Bahan Serdak @ kremes
1 biji telur ayam
1 cawan air ( saya guna cawan kecil )
2 1/2  sudu penuh tepung beras
sedikit rempah perapan ayam tadi
sedikit garam

Cara membuatnya
1. Satukan dan kacau hingga sebati bahan2 diatas. Kalau bancuhan agak pekat tambah lagi sedikit air….
2. Panaskan minyak ( banyak ) dalam kuali….
3. Bila minyak dah panas… masukkan sesenduk kecil dan spread/tebar kan bancuhan tepung dalam minyak.
4. Cepat2 kacau dan goreng hingga kekuningan dan garing ( cruncy ).
5. Angkat menggunakan tos… dan buat hingga habis…

Untuk menghidang
Hidangkan nasi, tempe dan tauhu goreng, ayam goreng, ulam dan sup ( dalam mangkuk kecil ). Serdak @ kremes tu di taburkan kat atas ayam dan tempe/tauhu….. dan bolehlah menjamu selera….

Jadi, bagi yang ingin mencuba, harap-harap follow betul-betul ye resepi K.Wana nie, mesti superb! Jangan tiru macam saya ye...:)

1 comment:

  1. As'kum wahhh sedap ni nasi ayam penyet! baru makan 2 hari lepas tak puas lagi..:)) tq berkongsi resipi yaa..:)

    ReplyDelete