Sedikit olahan dari resepi asal, pucuk ubi digantikan dengan timun, kobis & tomato serta tempe - hampir menyerupai resepi Nasi Ayam Penyet. |
Anakanda,
Kebelakangan ini menu dari
negara jiran sering menjadi pilihan masyarakat kita. Muncul pelbagai
menu Ayam Penyet, Ayam Pop dsbnya. Sungguh, ianya memikat selera bonda.
Resepi yang ingin bonda kongsi hari ini ialah resepi Ayam Pop, yang bonda dapat dari Untie Nurul (UN), rakan sebilik bonda di asrama dulu. Setelah berbelas tahun terpisah, bonda bertemu kembali dengan UN, di alam maya. Walaupun hanya menyapa di alam maya, keramahannya masih kekal. Sungguh jarak masa tidak pernah merenggangkan kami. Namun, kedewasaan menjadikan kami manusia yang matang, tiada lagi cerita-cerita zaman sekolah tetapi lebih kepada cerita kehidupan seorang wanita dewasa. Salah satu cara kami melahirkan keakraban adalah melalui resepi.
Ingredients:
Ayam
3 bawang putih [tumbuk kasar]
1/2 bawang besar [tumbuk kasar]
2 sudu besar cuka [atau jus limau nipis]
1 serai [ketuk]
Garam
Air
* Kami tambah sedikit lengkuas ketuk.
Method:
1) Rebus ayam bersama bahan-bahan di atas hingga masak. Lebih kurang 20-25 minit. Apabila masak, tos dan keringkan sebentar..
2) Goreng ayam sekejap sahaja. Kerana ayam memang sudah masak. Kita hanya inginkan tekstur rangup dan sedikit warna keemasan di luar ayam.
Tips: Sewaktu menggoreng, ayam akan mengeluarkan bunyi pop! popp! --- mungkin sebab itu menu ini dipanggil ayam pop!
Set pelengkap ayam pop ialah pucuk ubi rebus di cecah bersama sambal cili kicap. Rebus pucuk ubi secukupnya.
Sambal Cili kicap
7 cili padi
2 bawang putih
1/2 cup sugar
1/2 cup kicap
Method: Blend all ingredients.
* Resipi di atas adalah resepi asal rakan penulis.
Sayang,
Bonda
No comments:
Post a Comment