Anakanda,
Anakanda perlu tahu erti kesyukuran. Anakanda sungguh beruntung kerana dilahirkan dalam zaman yang serba moden, mudah dan senang. Walaupun hidup kita tidak mewah tetapi ayahanda dan bonda masih mampu menyediakan segala kemudahan untuk anakanda berdua dengan sempurna. Suatu hari nanti anakanda akan faham erti hidup, jika anakanda berada diatas, jenguklah ke bawah, ada orang yang lebih susah dari kita. Jika anakanda berada di bawah, pandanglah keatas, ada orang lebih beruntung dari kita, bukan untuk tidak bersyukur tapi untuk mengelakkan diri dari perasaan riak. Itulah roda kehidupan sayang.
Bonda dahulu hanya mampu menjamah ayam sekali sekala. Mungkin hanya sekali dalam sebulan, itu pun ayam peliharaan nenda. Atau jika ada majlis kenduri, menu ayam sudah suatu yang mewah bagi bonda dan keluarga kita, jua jiran-jiran sekampung bonda. Hari ini anakanda boleh menjamah ayam setiap hari, bermula dengan sarapan hingga ke makan malam. Ayam bukan lagi makanan mewah. Syukurlah sayang.
Ingin bonda kongsikan menu ringkas yang sering bonda masak untuk anakanda sewaktu membesarkan anakanda. Semoga suatu hari nanti, jika anakanda berada di perantauan atau bonda tiada lagi, anakanda boleh berdikari untuk menyediakannya.
Menu: AYAM GORENG KUNYIT
Resepi: Suri Hazel aka Puan Hazel
Bahan - bahan:-
Ayam - dipotong kecil anggaran semangkuk
Kunyit
Garam
Kacang panjang
Lobak merah
Jagung muda
Cili merah
Halia
Bawang besar - lagi sedap kalau guna bawang Holland (kuning)
Minyak
Caranya:-
1. Gaul ayam bersama garam.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan (masak)
3. Angkat dan ketepikan.
4. Menggunakan minyak yang sama, masukkan bawang, cili & halia. Setelah agak layu dan wangi, masukkan sayuran (kacang panjang, jagung & lobak merah) yang telah di potong (Potong ikut kreativiti masing2 ye)
5. Masukkan sedikit garam dan kemudian masukkan ayam semula. Gaul sebati dan tutup api.
6. Siap.
Sayang,
Bonda
Salam, Kak Hazel.. uniknya blog akak. kagum Cikwan baca entry. takpernah lagi jumpa blog yang memang ditujuan khas untuk anak2. ;) teruskan menulis ye kak ;)Insyaallah blog ini boleh jadi sumber rujukan untuk anak2 akak dan pembaca kelak..
ReplyDeletetq cik wan. actually sebelum ni akak tulis style lain tp nampak cam x kena gaya. so akak ubah cara penulisan, lancar gitu menulis.. sambil menulis sambil dpt kenang cerita membesarkan anak2...:)
ReplyDelete