Wednesday, 16 May 2012

Ayam Masak Kicap


Anakanda,

Salah satu masakan kegemaran ayahanda ialah ayam masak kicap. Di awal perkahwinan, masakan bonda kurang menepati selera ayahanda. Namun bonda sentiasa berusaha untuk memperbaikinya, demi menambat hati ayahanda. 

 Suatu hari bonda menolong Tok Umi di dapur menggoreng puyuh. Setelah puyuh masak dan garing, Tok Umi menumiskan pula halia, bawang merah dan bawang putih ke dalam minyak yang sama. Kemudian di masukkan kicap. Maka, tahulah bonda begini rupanya masakan kicap kegemaran ayahanda. Sejak hari itu, bonda pun menukar cara masakan bonda terutamanya untuk resepi ini. Melihat ayahanda makan dengan berselera adalah satu kepuasan yang sukar diungkap dengan kata-kata.

Bahan-bahan
Ayam
Halia *
Bawang merah*
Bawang putih*
Bawang besar - di potong bulat
Kentang
Tomato
Cili merah - dihiris
Daun ketumbar / daun bawang untuk hiasan

Caranya:-
1. Ayam digaul bersama garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam. Biar hingga masak dan agak garing.
3. Angkat dan ketepikan ayam. 
4. Goreng pula kentang sehingga kekuningan. Angkat. 
5. Kurangkan sedikit minyak lebihan ayam tadi dan tumis bahan kisar (halia, bawang merah & bawang putih)
6. Tumis sehingga naik bau. Masukkan tomato, kentang dan cili merah. 
7. Masukkan kicap. Sekiranya inginkan lebih kuah, boleh ditambah air. 
8. Masukkan semula ayam. Kaup balikkan hingga sebati. 
9. Tutup api. Angkat dan hiasankan dengan hirisan daun ketumbar / daun bawang. 

Sayang,
Bonda

4 comments:

  1. ini juga kegemaran acik Wan..heheh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masakan simple cenggini, memang membangkitkan selera kan...

      Delete
  2. Salam, masakan kegemaran anak2 ni.. Masak hari2 pun depa ok je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita, kalau masak kicap je anak2 ngan hubby mesti makan berselera sungguh.. even kalau x buat masak kicap, diorg mesti nak letak kicap jgk kt nasi..:)

      Delete