Monday 23 July 2012

Sepi itu Indah

Sepi itu indah...

biarkan aku menyepi seketika
mengutip kembali sisa kekuatan
sungguh hidup ini hanya pinjaman
hari ini ia dalam genggaman
sekelip mata cuma ia berubah milik

izinkan aku menyepi
duhai rakan duhai teman
namun sepi dan menyepi aku
aku masih mengintai kalian

moga kekuatan kembali hadir
mengusir pergi segala rawan
hingga itu
izinkan aku menyepikan diri...

Thursday 12 July 2012

Tomyam Mengamuk!

Salam semua,

Jom kita masak tomyam hari ni... senang je, main campak-campak je.. naper mengamuk ye? tadi tengah ketuk-ketuk serai tu, rasa macam melepaskan geram je.. padahal xdelah emo hari nie, tapi memang sesungguh hati la jugak serai tu kena ketuk...:) cili padi tu pun kena ketuk gak, tinggal separuh je..kesian dia...


Tomyam Mengamuk....:)
Bahan-bahan:-
Ayam - potong kecil
Udang - bersihkan dan buang kulit
1 batang serai - diketuk
Sedikit lengkuas - di hiris
Sedikit halia - di hiris
Bawang merah
Bawang putih
Cili api
Daun limau purut
Carrot - potong
Tomato - potong
Kobis - potong
Air lemon
Perencah tomyam
Air
Gula & garam

Caranya:-
  1. Rebus ayam bersama sedikit air (sikit je) hingga mendidih
  2. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia, serai, carrot & lengkuas.
  3. Kacau-kacau dan tambah air. Biarkan mendidih
  4. Kemudian masukkan perencah tomyam, cili padi, kobis dan daun limau. Biarkan sebentar. 
  5. Masukkan tomato dan sesuaikan rasa. Setelah semuanya umph, perahkan sedikit lemon ke atasnya dan kacau sebentar kemudian tutup api. 

Sunday 8 July 2012

Ayam Bersalut Pandan


Assalamualaikum & salam untuk semua,

Jom check resepi untuk hari ini! Mudah & ringkas je...:)

Kualiti gambar tidak memuaskan - harap maaf...:)
Ayam Bersalut Pandan
Sumber: SDK/Feb 2007

Bahan-bahan:-
1 kg ayam - dipotong kecil
6 ulas bawang merah - di cincang halus -(kite tumbuk kasar)
1 labu bawang besar - di cincang halus -(kite tumbuk kasar)
Sedikit daun ketumbar - di cincang halus -(kite x letak)
3 S/B stok ayam
1 S/B madu
1/2 S/K garam & gula
Daun pandan secukupnya
Minyak

Caranya:-
  1. Gaul sebati semua bahan dan perap selama lebih kurang 1/2 jam
  2. Ambil daun pandan dan dianyam seperti ketupat
  3. Ambil isi ayam dan masukkan kedalam anyaman daun pandan. Balutkan dengan kemas agar isi ayam tidak terkeluar semasa menggoreng
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam dengan api sederhana 

Selamat mencuba!

Thursday 5 July 2012

Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Dalca & Acar Timun

Assalamualaikum & salam hormat buat semua tetamu... tak tahulah kenapa 1-2 hari ni rasa lemau semacam je, macam xde mood gitu nak update blog. Tapi, sayang pulak, kesempatan ada kalau x dimanfaatkan...

Semalam sempat singgah di dapur Abg Mat DTS, sempatlah menyalin resepi nasi tomato resepi Abg Mat tu, jadinya kite pun mencubalah.. it turned out to be so fantastic! Jadi, dipersilakan semua tetamu untuk menjamu mata ye, kalau nak menjamu rasa silalah cuba...:) Kita kongsikan semula resepi Abg Mat untuk rujukan semua terutamanya diri sendiri di masa depan.

Nasi Tomato & gengnya
Nasi Tomato Ringkas
Sumber: Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi - kite guna butter
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat) - kite guna susu segar
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan pes tomato dan tomato sos, kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras tadi 1 minit.
  2. Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika guna). Dan biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.
  3. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Boleh juga anda kukus nasi tadi. Bila nasi masak dan lampu pada rice cooker, bertukar ke tanda "warm". Anda keluarkan nasi, letak dalam kukus yang dialas daun pisang (cucuk2 sedikit daun tadi untuk membuat lubang) dan kukus hingga masak.
 

Ayam Masak Merah
Sumber: Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 genggam kacang gajus, goreng hingga perang, angkat dan toskan
3 camca besar pes tomato (tomato puree)
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Kacang pis untuk hiasan (tak letak)
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
1 inci halia
1 camca besar ketumbar biji
1/2 inci lengkuas
1/4 cawan kismis
2 biji buah keras
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap sekejap dan goreng hingga masak, tapi tak perlu sampai garing, angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato pure dan masak sekejap. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata.
  2. Tambah ayam tadi dan gaul rata2 dan tuang air. Masukkan gula melaka, kacau dan masak dengan api sederhana hingga pekat. Rasa dan tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dan masukkan gajus goreng, gaul rata dan angkat. Tabur hirisan daun bawang dan kacang pis. Boleh hidangkan...
Kite sediakan juga dalca sebab cik abang kalau makan mesti nak berkuah.

Dalca Ikan Masin
Bahan-bahan
Ubi kentang - potong kecil
Carrot - potong
Terung bulat - potong
Serbuk kari
Bawang besar - hiris
Bawang putih - hiris
Santan / susu cair
Minyak untuk menumis
Kacang dal - rendam & rebus empuk
Ikan masin ketul 

Caranya:-
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu. 
  2. Masukkan serbuk kari & sedikit air. Biarkan hingga rempah masak
  3. Masukkan ubi kentang, carrot, terung bulat, kacang dal dan ikan masin.Gaul sebati
  4. Masukkan santan dan air - biarkan berkuah 
  5. Masukkan sekeping asam keping (kerana kite masak ikan, kalau dalca ayam/daging x perlu)
  6. Biarkan sehingga kesemua bahan empuk dan masak, perisakan dengan garam
  7. Siap
* Moral of the story:- Ikan masin KURANG enak dijadikan dalca, lagi umphh letak ayam/daging...:) 


Last but not least, jangan lupa cik acar timun kita. Untuk resepi acar timun, boleh klik SINI ye lalings... Selamat mencuba dan selamat semuanya ye!






Tuesday 3 July 2012

Ikan Kerapu Bersos Ikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. alhamdulillah, hari ini emosi dah stabil skit... terima kasih kepada tetamu yang sudi singgah makan di dapur kecil maksu nie... :)

Sebut pasal maksu tu, nampak gaya kena tukar lagi... ada seorang teman kata tak best lah pakai gelaran maksu, macam orang tua katanya.. aduyai, kena tukar lagi la nie... maklumlah, blogger baru-baruan, masih mencari-cari identiti.. so, lepas nie saya bahasakan diri kite je lah ye... 

Orait (bahasa orang muda...:) hari kite nak kongsi resepi Ikan Kerapu Bersos Ikan. Minggu lepas masa ke pasar tu dah berbelah bagi, nak beli ikan siakap ke ikan kerapu.. pandai pulak dua-dua posing sebelah menyebelah. Jeling-jeling kat price tag, ikan siakap RM25/kg, ikan kerapu RM20/kg.. so kite pun angkutlah kerapu dua ekor, tapi yang kecik-kecik je.. tak mampu nak beli yang besau-besau, lagipun tak berapa gemor teman ikan besau-besau nie... 


Ikan Kerapu Bersos Ikan

Bahan-bahan
Ikan kerapu - siap digaul garam, kunyit dan sedikit tepung ubi
Sos ikan
Cili merah - hiris
Cili padi - hiris
Bawang merah - hiris
Bawang putih - di dadu kecil
Daun limau purut - dibuang urat
Garam & gula
Minyak

Caranya:-
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan sehingga garing
  2. Angkat dan toskan
  3. Kurangkan minyak. Biarkan anggaran 2-3 sudu untuk menumis.
  4. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu dan wangi
  5. Masukkan cili dan daun limau purut. Biarkan sebentar
  6. Masukkan sos ikan (3-4 sudu), gula dan garam secukup rasa. Jika perlu dan inginkan sedikit kuah, tambahkan air. 
  7. Sesuaikan rasa dan tutup api.
  8. Angkat dan tuang ke atas ikan kerapu yang telah digoreng tadi. 
Enak di makan bersama nasi panas-panas. Selamat mencuba! 


Monday 2 July 2012

Nasi Ayam Penyet

Assalamualaikum & salam ukhuwah buat semua... terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menjenguk ke dapur kecil maksu nie.. hari ini kurang berselera untuk mengupdate blog, mungkin sebab Monday blues kot..:)

Nasi Ayam Penyet

Resepi ayam penyet ni maksu dapat dari blog Potret Kasih. Terima kasih K.Wana... nasi ayam penyet ni memang menjadikan kesukaan maksu dan paksu. Cuma biasanya maksu ikut resepi kawan maksu, boleh cek kat SINI  untuk resepi ye.. tapi itu resepi ayam pop! untuk ayam penyet ini first time maksu masak, resultnya so-so je.. sebab rushing giler hari tu, trapped dalam traffic jam lebih sejam (waktu biasa 30 minit) untuk sampai ke rumah. Kebetulan nak berbuka, jadinya memang bersilat la kat dapur menyediakan hidangan ni. Ayam maksu dah siap perap malam sebelumnya, jadi tinggal goreng sahaja. Itupun maksu hanya sempat sediakan ayam, sambal dan lalapan (ulam). 

Untuk bahan perapan pun maksu mixed kan dengan serbuk, seperti serbuk ketumbar, serbuk jintan dsbnya.. sebab tu kurang menjadi kot, kena tulah ngan K. Wana sebab x follow resepi...:) Sorry kak, terpaksa sebab assistant chef yang berusia 1 3/12 tu asyik merengek je suruh dokong...:)

Nasi Ayam Penyet
Resepi: Potret Kasih

1 ekor ayam ( potong2 dan asingkan bhgn isi dengan yng bukan isi eg kaki, kepak, leher, tulang dada utk di buat sup )
1 keping tempe ( dalam peket ) - maksu skip
4  keping tauhu - maksu skip
Tepung beras ( anggaran utk tabur pada ayam,tempe dan tauhu goreng )
Ulam2 ( saya guna kobis, kacang panjang, timun dll ) - maksu guna kobis ungu, salad & timun

Bahan kisar
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan kasar -
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam
( bahan kisar ini agak banyak dan nanti akan di gunakan utk memerap ayam, tempe, tauhu dan digunakan untuk membuat serdak @ kremes )

Cara Penyediaaan
  1. Kisar bahan2 di atas bersama 1/2 cawan air, garam, gula dan bahan perasa/kiub ayam yang dihancurkan.
  2. Kemudian perap bahan kisar bersama bhgn ayam yg telah di cuci dan di bersihkan.
  3. Simpan dan perap ayam dalam peti sejuk beberapa jam sebelum di goreng.
  4. Untuk menggoreng ayam, taburkan sedikit tepung beras pada ayam yang telah perap tadi kemudian goreng ayam seperti biasa.
  5. Untuk tauhu, potong dua melintang, kemudian gaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam tadi, masa nak mengoreng taburkan sedikit tepung beras dan lumur hingga rata. kemudian barulah di goreng seperti biasa.
  6. Untuk tempe, potong 4 dan belah dua melintang, kemudian gaulkan dgn lebihan rempah perapan ayam. Masa mengoreng boleh tabur dengan sedikit tepung beras dan goreng seperti biasa.
Untuk sup
Bahagian kaki, kepak, leher, tulang rusuk ( dipotong2 )

Untuk Tumisan
3 ulas bawang putih ( di tumbuk )
3 ulas bawang merah ( di hiris )
1 biji bawang besar saiz kecil ( ditumbuk )
1 inci halia ( di ketuk kasar/ ditumbuk halus
1/2 sudu makan lada putih ( ditumbuk )
rempah 3 sekawan secukupnya ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga )
1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut
garam secukupnya
sedikit perasa/ kiub ayam – jika suka
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
daun bawang/ daun sup ( bahan tabur )
* Maksu tambah carrot dan kentang yang didadu untuk hero-hero yang tak gemarkan sayur hijau...:) 

Cara membuatnya
  1. Tumis rempah 3 sekawan serta bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempah bunjut dan air.
  2.  Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam, sesuaikan rasa, bolehlah di tutup api….
Untuk Sambal
5-6 biji cili merah
secekak kecil cili padi ( boleh kurang jika tak suka pedas )
3 biji buah tomato – saya guna saiz besar
belacan bakar ( anggaran 1 1/2 inci )
1 sudu makan garam
2 sudu makan gula
1 -2 biji limau kasturi- ambil jusnya

Cara membuatnya
1. Kisar semua bahan diatas bersama sedikit air masak.
2. Sesuaikan rasa garam dan gulanya – bolehlah terus dihidangkan!!
 
Bahan Serdak @ kremes
1 biji telur ayam
1 cawan air ( saya guna cawan kecil )
2 1/2  sudu penuh tepung beras
sedikit rempah perapan ayam tadi
sedikit garam

Cara membuatnya
1. Satukan dan kacau hingga sebati bahan2 diatas. Kalau bancuhan agak pekat tambah lagi sedikit air….
2. Panaskan minyak ( banyak ) dalam kuali….
3. Bila minyak dah panas… masukkan sesenduk kecil dan spread/tebar kan bancuhan tepung dalam minyak.
4. Cepat2 kacau dan goreng hingga kekuningan dan garing ( cruncy ).
5. Angkat menggunakan tos… dan buat hingga habis…

Untuk menghidang
Hidangkan nasi, tempe dan tauhu goreng, ayam goreng, ulam dan sup ( dalam mangkuk kecil ). Serdak @ kremes tu di taburkan kat atas ayam dan tempe/tauhu….. dan bolehlah menjamu selera….

Jadi, bagi yang ingin mencuba, harap-harap follow betul-betul ye resepi K.Wana nie, mesti superb! Jangan tiru macam saya ye...:)